Tuesday, 31 December 2013

Bye 2013 .




Ya Allah ,
Sesungguhnya hanya Engkau yang mengetahui segala yang tersirat . 
Hanya Engkau yang mengetahui segala yang terpendam . 
Hanya Engkau yang mengetahui segala rasa pedih 
yang tersimpan jauh dalam lubuk hati . 

Ya Allah , 
Hilangkanlah rasa gundah dalam hati ni . 
Sebagaimana Engkau indahkan langit dengan pelangi cantik setelah turunnya hujan, 
Tenangkanlah hati gundah ini dengan khabar khabar yang indah 
Tenangkanlah hatiku , 
Ya Allah ... 
lemahnya hati ni . 

Ya Allah .. 
segalanya pasti berhikmah bukan .. ? Kuatkanlah hati aku ya Allah . 
Kuatkan hati aku untuk menghadapi segala dugaan dengan 
hati yang tenang , hati yang redha 
Hilangkan la rasa sedih . 
Rasa pilu .

Tabahkan hati aku  
Jadikan aku orang yang sabar menghadapi segala ketentuanMu.
Yakinkan aku bahawa suatu hari nanti pasti ada sinarnya 
sebagaimana Engkau jadikan langit yang tak selamanya mendung 

:'( 

**************************************************


Selamat Tinggal 2013 . 
Selamat tinggal kenangan .
Terima kasih atas segala pengajaran . 
 Moga 2014 membawa hikmah seribu satu makna . 
Moga tiada lagi gundah . 
Moga tiada lagi airmata tersia 
Moga tiada lagi sepi . 
Moga tiada lagi luka . 
Moga tiada lagi duka . 
Moga hari beransur indah . 
Moga segala yang pahit berganti suatu yang manis
Moga kisah yang bakal tercipta adalah suatu kisah yang indah . 

Selamat tinggal kenangan . 
Selamat tinggal kenangan . 
Selamat tinggal kenangan . 
Selamat tinggal kisah pahit . 
Pergilah . Jangan datang kembali . Pergilah . 
Biarkan aku dengan kisah yang baru . 
Izinkan aku bahagia . 





No comments:

Post a Comment