Saturday, 22 October 2016

TAK TAHU NAK TULIS APA.

Houyeay.
Akhirnya sudah installed dalam enfon. So lepas ni boleh la Cik Da mengarang melalui enfon jerk. 😊😊

Tapi....how to masukkan gambar kat sini?
Omg i even dunno how 😂😂
Aduhai. Its okay. Kita belajar lagi.
Benda boleh belajar & explore cikda 💪💪

Thursday, 20 October 2016

YANKO TAK ORIGINAL . Aduhh . Meh Aida cerita ...



Banyak timbul isu Yanko Ori vs Yanko tak ori ni kan.

Aida faham . Yerlah sebab skrg , 
fake item mmg berlambak lambak sangat . 
Kita pun jadi makin fobia & berwaspada .


Yang ori cakap tak ori.
Yang tak ori cakap ori .
Stok lama kata ori , stok baru kata tak ori ..
Arhhh mcm mcm situasi ada . Pening pening .
Meh , biar explain panjang lebar .


Yanko ni , utk info ..
ADA PACKAGING LAMA & ADA PACKAGING BARU . 


Untuk packaging lama , 
dia ada sticker originality kat montot cream
While kat cleanser , dia ada STIKER BIRU (sticker biru boleh gores) 
tu kalau perasan .
Biar Aida bagi contoh .


Tadaaaaa . Ini stok lama  Once upon a time .. 
Aida sempat la jual Yanko dengan sticker yang macam ni . 


TAPI , 
Start bulan 2/2016 baru baru ni (awal tahun)... 
since kilang dah tukar pada packaging baru, 
so bila Aida restock baru , 
Aida pun turut mendapat supply with packaging yang BARU . 


Soalan femes:
"Yang lama ada lagi kat pasaran ? 
Kenapa masih ada orang yang jual dengan sticker kat bontot ?"


Okay , jawapannya macam ni ...
Ada supplier dia order stock sikit2 . 
So disebabkan dia supplier handal +  stock dia pulak cepat habis .. 
so dia akan restock , restock , restok lagi 
Aida pasti , supplier yang macam atas ni, 
kompem , dia akan dapat NEW PACKAGING SAHAJA.

Tapi , kadang ada juga supplier yg jenis order
VERY HIGH VOLUME , maksudnya sekali order BANYAK GILA.
Beratus dozen . Bukan beratus set k . Beratus dozen .


Ambil masa berbulan baru habis .
Bulan 1 dia order beratus dozen , bulan 2 tiba2 kilang dah tukar packaging baru .
Nak buat macam mana ? Jual la kan ?

Boleh  paham tak ?
So , supplier mcm ni ... dia akan ambil masa lebih lama 
berbanding orang lain untuk habiskan stok yang lama ni..
sebelum dia dapat restock yang baru dgn packaging yang baru ..


Maka , disebabkan dia order banyak stok lama , 
buying pulak perlahan .. sebab tu la masih ada lagi stok yang lama ni . 
Apa ..u ols ingat , once kilang tukar packaging , dia akan tarik balik ke packaging lama
yang orang dah beli ? NEVER k .


So dalam kata mudah , 
If u ols dapat Yanko dengan sticker kat montot 
dalam bulan 10/2016 skrg ini , ianya adalah
stock order yang lama . Faham idok ?


Yang takde sticker kat montot , 
bukannya fake .. as long as dia ada sticker hologram mcm gambar kat bawah ni, 
IA ADALAH ORIGINAL .
(tak percaya sangat, ambil la fon tu . Scan . 
Masing masing enfon canggih kan ?) 



So paham tak situasi nya macam mana bagi menjawab soalan
kenapa skrg , even dah pakai packaging baru , 
tapi yang lama masih ada jual kat pasaran ?


Mudah cerita , 
Bila beli Yanko , make sure ada HOLOGRAM STICKER . 
Bila dah dapat tu , cepat cepat SCAN STICKER tu . 


Sticker tu , dia bukan tempek saja saja . 
Awak insist sangat nak tahu ori ke tidak , awak patut rajin SCAN STICKER tu 
& dapatkan KEBENARAN DENGAN MEMBUKTIKAN SENDIRI . 
Baru puas hatii gituuu . 


Kalau nak mudah lagi , 
awak whatsapp je Aida . Awak beli je ngan Aida . Hah HAH HAAA..

+60145396080 

+60145396080 

+60145396080 


& dapatkan stock original dari Aida . 
HEHE . 

Dah beli , tiap tiap bulan dapat tips2 kecantikan percuma .

Bawah ni semua real testimoni customer Aida sendiri . 
Awak ingat fake item , customer nak bagi testimoni & repeat order ?
Takde k..... 

Jom layan testimoni 









+60145396080 

+60145396080 

+60145396080 


& dapatkan stock original dari Aida .

KLIK LINK DIBAWAH UTK KE FB PERSONAL

>>AIDA@FACEBOOK <<

KLIK LINK DIATAS UTK KE FB PERSONAL


Friday, 19 August 2016

Suhaida KUAT !

Suhaida, 

Awak unik .
Awak special . 
Awak pandai . 
Awak ada ilmu . 
Awak POWER !

BE STRONG . 
Awak boleh BUAT . 
BUAT BIAR SAMPAI JADI !

PASTI BOLEH !

Thursday, 4 August 2016

Bye KK , jumpa bulan 10 .

Arhh bersawang cik blog .
Sibuk nak update . 

Lagi satu , sebab mata mata tak guna ni ramai sangat. 
Kerjanya takde lain . 
Stalk orang . 

Lepas tu datang meroyan. Cocet cocet kat whatsapp .
Semaknya lah hai . Semakkan . 
Ada je yang mengintip . 
Go get life please . 
hm . 

So , what to update . 
Owh , got flight today to KK . Actually nak ke Sarawak. 
Well.. got something nak kena settle disana. hurm2

As wawan kata , turun KK then proceed to Sarawak , 
So , okay . Turun ke KK. 


But suddenly he said that , 6hb kena belayar . 
Adoi . Then siapa nak bawak ke Sarawak ?  huhuhu
Maka , cancel sahaja . Tak jadi keje . Hurm . 

Baru nak makan benda alah rumpai hijau berbiji biji tu 
apa nama entahla .

So ,, hm 
Till we meet bulan 10.


#urusankerja . 

Monday, 20 June 2016

Wish list hampir lengkap



Yes .
Just another few more to go. 


Im glad .. 
sebab achieved target graduate masa umur still 22 years.
Mission accomplished .


Im glad 
Ngidam new laptop
now I owned 2 for myself
and next is utk tambah few more for staff .
Pc maybe . Cuba achieve 2 pc by this year .
Mission accomplished btw.


Im glad that I have 
my own BRAND sama macam yg hari2 didoakan .
Alhamdulillah .
Thank you Allah kerana menjadikan impian saya satu kenyataan .
Skrg apa yang saya idamkan sudah pun menjadi 
REALITI .
Done but not done 
I dream for moore and moree & much more :) 


Next is utk saved at least RM24K utk tahun ni
Haiyo Im soo tak disiplin . Gila susah .


Next is utk achieve 1 MILLION . 
Maybe sale . huhu . Utk saving 1 million 
dalam setahun agak berat . Tapi takde takdela mustahil :) 
ermmmm entah la. 
we'll see . 


Next is own house . 
Aku rasa nak beli je rumah skrg ni . Tapi owner mesti tak mau jual . 
Huhu . Well , kumpul lagi Suhaida :) 
Lagi pun apartment ni apartment lama kotttt . 
Ermm tapi best . 


Next , kahwin . 
Yes , next year . Ermmm ,takpe . kita doakan sahaja . 





What else ,
To PERTH bulan 3 NEXT YEAR 

and to ...

NEW ZEALAND with ABAH & MA <3 
Hujung tahun depan 




Semua benda berat2 je nak pikir . 
Oh em ge . And yet , ada lagi cakap aku ni tak matang . lol . 
Cara kita berbeza tau . 

Matang aku dengan matang kau , 
TAK SAMA . 


Wednesday, 1 June 2016

LURVEYA NO 1 VITAMIN C's EXPERT

Assalamualaikum & hello 
LURVEYA baby.


1st June .
Welcome to the world baby. 
Ready for the battle ?
Im gonna bring you up to the highest level.
Be tough & very tough.



- Aida - 
 Lurveya Founder 
Your No 1 Vitamin C's Care Expert

Friday, 18 March 2016

#work



Dear Suhaida , sales awak sangat teruk bulan lepas . 
Awak banyak main bulan lepas . 

Tapi biar lah . 
Bulan lepas , dah LEPAS . 
Hari ini dah ON. 

Fokus . 
Masih sempat nak kejar sales macam bulan 1 tu . 
You're good . 
You'v got the talent . 
Awak excellent . Banyak main je . 
Fokus Suhaida . 
Fokus . 

Kick all benda2 yang tak sepatutnya awak fikir . 
JUST-STAY-FOCUSe
Cuba langkah lebih luas kali ni . 
Good Suhaida . 
You re so good . 

I love you so much , self . :)

Monday, 14 March 2016

Idea Dekorasi Bilik Tidur Serba Lengkap dgn harga bawah RM1000



Alhamdulillah, hampir siap . 90% .
Ada few things lagi yang belum siap dipasang. Tukang pasang sudah balik Sabah.
Tak sempat pasang semuanya . huuu .

Comel tak ? *ceh puji sendiri . huhu . 
Ramai pulak yang inbox & bertanya berapa bajet for whole this . 
Dah tanya ,lepas tu terkejut bila orang cakap 
set lengkap katil , tilam , meja sisi , almari less than RM1000. huhu. 

Owh untuk info , all those items semuanya Aida 
shop kat Ikea . :) 


Okay lets start. 

Rangka katil Queen, Leirvik
RM399.00 sahaja . 

RM399.00 with GST.

Ambil LEIVIK okay .
Rangka katil macam ni ada few lagi nama nama yang lain dengan harga yang berbeza. 
Tapi LEIVIK adalah paling murah RM399.00 
Aida beli kat Ikea Damansara , banyak stok. 
Kalau Cheras punya , stok selalu je tak ada . Cepat habis kata staf diorang lah. 


NEXT!

Next is tilam . Aida ambil tilam JOMNA. 
RM249 .00 

Paling murah tetapi masih lagi selesa nak compare dengan 
tilam size yang sama dengan harga yang berbeza. 

Tilam Queen JOMNA 150 X 200 ni
RM249.00

NEXT !

Almari , Aida kan single mingle je . Guna sorang2 . 
So aida ambil almari ... ini je 

RM199.00 

ANEBODA.
Harga RM199.00 sahaja . 


Meja sisi , 
Ambil yang simple ni je . 
Baru RM29.00 hahaha  


Kalau nak cantik lebih , boleh ambil yang ini 
Baru RM89.00 .


Utk tempat solek , utk menjimatkan ruang yang kecil comel tu, 
Aida DIY je . huhu . kasi jimat duit dan jimat ruang . 


Aida tampal cermin LOTS ini aje . 
4 keping tu baru RM29.00 . 

Then nak pasangkan para kat bawah dia . 
Para tu Aida beli RM19.90 je .
Pemegang dia RM4.90 . 


Then beli cadar NICE lembut kat tesco
RM55.00


Lampu meja cute tu RM19.90
Frame gambar tu RM4.90 
Bunga tu RM4.90 
pasu berapa arkkk lupa daaaa . 

Meja tu , meja utk dipasang di bilik sebelah actually . 
Bilik no 3 Aida nak jadikan sebagai ofis . herher . 
So , kita tak kira sebagai set bilik tidur ye .

RM99.00


Okay , lets total up , 

Rangka katil = RM399 
Tilam = RM249
Almari = RM199
Meja sisi = RM29.00
Cermin = RM29.00 
Para = RM19.90 
Pemegang para = RM4.90 
Lampu sisi = RM19.90
Frame = RM4.90
Bunga = RM4.90
======================
TOTAL : RM961.30
======================

Owh Aida terlupa tang langsir putih tu . 
RM39.90 

So , RM961.30
+ RM39.90
=============
RM1001
=============


Alamak , tadi kata bawah RM1000. 
Terlebih seringgit . HAHA! Kira halal jelah eah . kuikuikui



So siapla 1 set bilik tidur serba lengkap dengan langsir 
dengan barangan dekorasi dengan harga RM1001. 

Alhamdulillah . hehe
Sekarang dah pandai membeli dengan bijak . Eceh . 
huhu . Izwan tlg guide. Kaki jimat bagi kat dia . Kalau ikut diri sendiri ni .....
entah berapa entah aida belanja . huek . 

Okay , clear ?
Bagi yang ada credit card , izwan cakap..
lebih advantage la .

Boleh ambil yang mahal2 cantik cantik sikit .hikhik . 
Sebab kalau guna credit card kat Ikea , 0% interest je . 
Bulan bulan berapa hengget je bayar . 
Kira berbaloi la . 

Tapi Aida tak ada credit card . kuikui 
And ... memang tak suka berhutanggggg . 
So semuanya sudah settle . 

Utk ruang ofis & ruang tamu , 
kita susun atur bulan depan pulaks lah . 
Sian purse I ols, kang nanti nipis cam bawang . 
Menangis pulak.

Bulan ni dah ber....K K K dah . 
Pengsan mak , nak . 

Beli dapur , beli peti , beli periuk pinggan mangkuk blablablabla
beli apa lagi eak ? Jadahnya lah Aida shopping sampai beribu . 
hurhhhhhhhh . 

Penat jugak kena support sorang2 ni . 
Kalau ada husband , husband mesti bayarkan , KAN ?
Mintak ejas sorang , nak buat laki . HAHAHA 

Yeke husband bayor???????? 
Entah entah , makan minum dia pun aku support . 
huek . 

ehhh melalut banyak . huhu . 
Yang penting skrg , 1 part , settle!! 
Next fokus pada ruang tamu & ofis . 
Ofis dulu kot baru ruang tamu . Tv pun dok pikir lagi nak beli 
ke taknak . Sebab sebab sebab .... Aida tak tengok tv pun . hahaha . 
Kalau beli buat hiasan je .
ahaks . 

Nak kasi cantik jugak dalam dia . 
Sebab luar rumah bersepah . Paham2 la apartment lama macam mana keadaan dia 
Cam setinggan pun ada . **aipp suhaida , jangan kutok tempat tinggal*
Pasal tu Aida pulun kasi cantik deko dalam . 

Prinsip Aida , 
Biar setinggan kat luar , asal kat dalam, masuk je rasa macam masuk hotel . lol
hahahahahaha . Aku cerita , aku gelak sendiri . herher . 


ehhh sudahla . bye