Alhamdulillah, hampir siap . 90% .
Ada few things lagi yang belum siap dipasang. Tukang pasang sudah balik Sabah.
Tak sempat pasang semuanya . huuu .
Comel tak ? *ceh puji sendiri . huhu .
Ramai pulak yang inbox & bertanya berapa bajet for whole this .
Dah tanya ,lepas tu terkejut bila orang cakap
set lengkap katil , tilam , meja sisi , almari less than RM1000. huhu.
Owh untuk info , all those items semuanya Aida
shop kat Ikea . :)
Okay lets start.
Rangka katil Queen, Leirvik
RM399.00 sahaja .
|
RM399.00 with GST. |
Ambil LEIVIK okay .
Rangka katil macam ni ada few lagi nama nama yang lain dengan harga yang berbeza.
Tapi LEIVIK adalah paling murah RM399.00
Aida beli kat Ikea Damansara , banyak stok.
Kalau Cheras punya , stok selalu je tak ada . Cepat habis kata staf diorang lah.
NEXT!
Next is tilam . Aida ambil tilam JOMNA.
|
RM249 .00 |
Paling murah tetapi masih lagi selesa nak compare dengan
tilam size yang sama dengan harga yang berbeza.
Tilam Queen JOMNA 150 X 200 ni
RM249.00
NEXT !
Almari , Aida kan single mingle je . Guna sorang2 .
So aida ambil almari ... ini je
|
RM199.00 |
ANEBODA.
Harga RM199.00 sahaja .
Meja sisi ,
Ambil yang simple ni je .
Baru RM29.00 hahaha
Kalau nak cantik lebih , boleh ambil yang ini
Baru RM89.00 .
Utk tempat solek , utk menjimatkan ruang yang kecil comel tu,
Aida DIY je . huhu . kasi jimat duit dan jimat ruang .
Aida tampal cermin LOTS ini aje .
4 keping tu baru RM29.00 .
Then nak pasangkan para kat bawah dia .
Para tu Aida beli RM19.90 je .
Pemegang dia RM4.90 .
Then beli cadar NICE lembut kat tesco
RM55.00
Lampu meja cute tu RM19.90
Frame gambar tu RM4.90
Bunga tu RM4.90
pasu berapa arkkk lupa daaaa .
Meja tu , meja utk dipasang di bilik sebelah actually .
Bilik no 3 Aida nak jadikan sebagai ofis . herher .
So , kita tak kira sebagai set bilik tidur ye .
|
RM99.00 |
Okay , lets total up ,
Rangka katil = RM399
Tilam = RM249
Almari = RM199
Meja sisi = RM29.00
Cermin = RM29.00
Para = RM19.90
Pemegang para = RM4.90
Lampu sisi = RM19.90
Frame = RM4.90
Bunga = RM4.90
======================
TOTAL : RM961.30
======================
Owh Aida terlupa tang langsir putih tu .
RM39.90
So , RM961.30
+ RM39.90
=============
RM1001
=============
Alamak , tadi kata bawah RM1000.
Terlebih seringgit . HAHA! Kira halal jelah eah . kuikuikui
So siapla 1 set bilik tidur serba lengkap dengan langsir
dengan barangan dekorasi dengan harga RM1001.
Alhamdulillah . hehe
Sekarang dah pandai membeli dengan bijak . Eceh .
huhu . Izwan tlg guide. Kaki jimat bagi kat dia . Kalau ikut diri sendiri ni .....
entah berapa entah aida belanja . huek .
Okay , clear ?
Bagi yang ada credit card , izwan cakap..
lebih advantage la .
Boleh ambil yang mahal2 cantik cantik sikit .hikhik .
Sebab kalau guna credit card kat Ikea , 0% interest je .
Bulan bulan berapa hengget je bayar .
Kira berbaloi la .
Tapi Aida tak ada credit card . kuikui
And ... memang tak suka berhutanggggg .
So semuanya sudah settle .
Utk ruang ofis & ruang tamu ,
kita susun atur bulan depan pulaks lah .
Sian purse I ols, kang nanti nipis cam bawang .
Menangis pulak.
Bulan ni dah ber....K K K dah .
Pengsan mak , nak .
Beli dapur , beli peti , beli periuk pinggan mangkuk blablablabla
beli apa lagi eak ? Jadahnya lah Aida shopping sampai beribu .
hurhhhhhhhh .
Penat jugak kena support sorang2 ni .
Kalau ada husband , husband mesti bayarkan , KAN ?
Mintak ejas sorang , nak buat laki . HAHAHA
Yeke husband bayor????????
Entah entah , makan minum dia pun aku support .
huek .
ehhh melalut banyak . huhu .
Yang penting skrg , 1 part , settle!!
Next fokus pada ruang tamu & ofis .
Ofis dulu kot baru ruang tamu . Tv pun dok pikir lagi nak beli
ke taknak . Sebab sebab sebab .... Aida tak tengok tv pun . hahaha .
Kalau beli buat hiasan je .
ahaks .
Nak kasi cantik jugak dalam dia .
Sebab luar rumah bersepah . Paham2 la apartment lama macam mana keadaan dia
Cam setinggan pun ada . **aipp suhaida , jangan kutok tempat tinggal*
Pasal tu Aida pulun kasi cantik deko dalam .
Prinsip Aida ,
Biar setinggan kat luar , asal kat dalam, masuk je rasa macam masuk hotel . lol
hahahahahaha . Aku cerita , aku gelak sendiri . herher .
ehhh sudahla . bye